KECIL TAPAK TANGAN, NYIRU KU TADAHKAN KAWAN-KAWAN... JADILAH SEPERTI RESMI PADI, SEMAKIN BERISI SEMAKIN MENUNDUK :)
RSS
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Welcome and thank you for visiting norsyafiqqah.blogspot.com..here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation, natural suplement.

I am Syafiqqah, your Shaklee Independent Distributor at Jitra,Kedah. Delivery throughout Malaysia
Shaklee ID: 893986| nnorsyafiqqah@gmail.com| 013-4697950|FB: Syafiqqah

Israel Perlu Menghentikan Pembinaan Penempatan Tebing Barat

5 Disember 2012 - Selasa, 04 Disember 2012 - Pengumuman Kerajaan Israel untuk memperluaskan penempatan di Tebing Barat dalam reaksi terhadap undian PBB ke atas kenegaraan Palestin melanggar hak asasi manusia dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, berkata Amnesty International hari ini.

Pembinaan penempatan adalah hasil daripada anjakan paksaan, pelbagai keganasan hak asasi manusia dan pelanggaran undang-undang antarabangsa secara terang-terangan. Israel harus segera menghentikan semua pembinaan penempatan dan infrastruktur yang terlibat sebagai langkah permulaan ke arah menghapuskan semua penjajah daripada sempadan yang telah diduduki,  kata Ann Harrison, Timbalan Pengarah Program Amnesty International Bahagian Timur Tengah dan Utara Afrika.


Imej

Pengumuman ini memberi isyarat jelas kepada dunia bahawa kerajaan Israel kini tiada rasa hormat kepada hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa. Penempatan bangunan menidakkan hak warga Palestin untuk menduduki Tebing Barat dan dilarang sama sekali dalam semua keadaan.
Israel berkata pada Jumaat 30 November bahawa mereka telah meluluskan tambahan 3,000 unit kediaman untuk dibina atau diperluaskan dalam lokasi yang tidak dikenali di kawasan penempatan Tebing Barat.

Pengumuman itu dibuat sehari selepas Palestin diiktiraf sebagai negara pemerhati bukan ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Perhimpunan Agung PBB di New York.

Menurut beberapa laporan, beberapa cadangan lain untuk perluasan akan dilakukan di kawasan strategik dikenali sebagai E1 terletak di antara Timur Baitulmaqdis dan penempatan Maale Adumim.

Tentera Israel sudah pun mempunyai rancangan untuk mengusir secara paksa dan memindahkan 20 komuniti Palestin  sebahagian 2,300 orang kebanyakannya puak Badwi Jahalin  dari penempatan mereka di E1 dan kawasan penempatan Maale Adumim.

Pihak berkuasa Israel tidak pun berunding dengan komuniti dan pemastautin menentang perpindahan tersebut. Majoriti kediaman dan struktur dalam semua komuniti ini mendapat arahan perobohan.
Sejak undian Perhimpunan Agung PBB Khamis lepas, penjajah berhampiran masyarakat Badwi telah dilaporkan meningkatkan taktik gangguan dan keganasan.

Menurut penduduk setempat, kanak-kanak dan penjaga telah diserang dan penjajah memainkan musik yang kuat sambil memerhati ke arah perkampungan Badwi.

Kumpulan Jahalin telah dipindahkan beberapa kali sejak 1948 ketika mereka menjadi pelarian dari tanahair mereka di mana ia kemudiannya telah menjadi Negara Israel.

Polisi penempatan Israel dalam Sempadan Penempatan Isreal (OPT) telah dicirikan dengan diskriminasi ke atas kewarganegaraan, etnik dan agama.

Penempatan, di mana semuanya dibina di atas tanah Palestin, hanyalah untuk Puak Yahudi sahaja, yang layak ke atas kewarganegaraan Israel dan perlindungan undang-undang Israel walaupun mereka pendatang dari negara-negara lain yang tinggal dalam penempatan OPT tanpa tinggal di Negara Israel.

Warga Palestin, yang tertakluk kepada undang-undang ketenteraan berbanding undang-undang awam Israel, tidak dibenarkan memasuki atau menghampiri atau menggunakan jalan-jalan penjajah, disebabkan itu terhalang untuk mendapatkan sumber harian dan pergerakan juga terbatas.

Penjajah juga menerima bantuan kewangan dan manfaat lain, dan dibenarkan untuk mengeksploitasi tanah kawasan dan sumber asli kepunyaan penduduk Palestin.

Artikel 49 dalam Konvensyen Geneva ke-Empat melarang kuasa penjajah dari memindahkan penduduk awam mereka ke dalam kawasan sempadan jajahan mereka.

Pembinaan penempatan dalam jajahan Tebing Barat telah berterusan sepanjang 2012. Terkini, pada 6 November 2012, Kementerian Perumahan telah membuka tender untuk pembinaan 1,285 unit di Timur Baitulmaqdis dan di penempatan Ariel, di utara Tebing Barat.

Israel sebelum ini telah mengumukan rancangan baru untuk perluasan penempatan dalam tindakbalas terhadap usaha diplomatik Palestin di PBB.

Pada 3 November 2011, berikutan kemasukan Palestin ke dalam Organisasi Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan PBB (UNESCO), kerajaan Israel mengumumkan kira-kira 2,000 kediaman baru akan dibina di Timur Baitulmaqdis dan di penempatan Tebing Barat Efrat dan Maale Adumim.

Duabelas hari kemudian, pada 15 November 2011, Kementerian Perumahan membuka tender bagi 2,230 unit kediaman baru melepasi Garisan Hijau Israel (the 1949 Armistice Line).



Sumber: Palestine News Network (PNN) | Terjemahan: SAZLINSABRI (Sukarelawan AP)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen budak comel:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright© All Rights Reserved By http://norsyafiqqah.blogspot.com