KECIL TAPAK TANGAN, NYIRU KU TADAHKAN KAWAN-KAWAN... JADILAH SEPERTI RESMI PADI, SEMAKIN BERISI SEMAKIN MENUNDUK :)
RSS
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Welcome and thank you for visiting norsyafiqqah.blogspot.com..here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation, natural suplement.

I am Syafiqqah, your Shaklee Independent Distributor at Jitra,Kedah. Delivery throughout Malaysia
Shaklee ID: 893986| nnorsyafiqqah@gmail.com| 013-4697950|FB: Syafiqqah

takah2 kehidupanku

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...


entry kali ni just nak citer perjalanan hidup yang macam2 ni... setiap saat umo kita makin meningkat dan meninggalkan hari semalam yang tak mungkin kan berulang lagi walaupown hal yang baru je berlalu beberapa saat tadi... tak kisah la manis atau pown pahit... semuanya tinggal memori je kan??? sekarang yang tinggal hanya kehidupan  nyata yang nak tak nak kita perlu jugak harungi... 
betullah kata sesetengah orang, zaman paling takde ape yang nak di fikir kan adalah zaman kanak2... waktu ni 24 jam ingat nak main je... hal2 lain tolak tepi... kalau Pqah dulu nak study pown puas kena kejar dengan mak..haha...zaman nakal2 dulu... kiranya dulu dalam kawasan tempat tinggal Pqah tu memang sume orang kenal la... memang nakal habis... 
bila menginjak sekolah menengah lain pulak kisahnya... da berani melangkah jauh dari rumah... tapi bukan keluar merayap ye... I mean pindah ke sekolah yang jauh sikit dari umah... tinggal kat asrama...time ni la belajar berdikari... dari sekecil2 hal sampai sebesar2 hal semuanya uruskan sendiri... seronok sangat bila dapat experience macam tu... kadang2 rindu pown ada... Pqah ingat lagi hari 1st pegi daftar asrama dulu.... mak tak harap anak kesayangan dia ni duduk jauh2... bila settle semua urusan pendaftaran mak sempat lagi pujuk balik belajar di sekolah dekat dengan umah... tapi dengan penuh hikmah(konon2nya laaa) Pqah cakap kat mak..." DI SINI MASA DEPAN ALONG, MAK... DI SINI ALONG AKAN MELAKAR SEJARAH JUGAK... DEKAT SINI ALONG AKAN BELAJAR ERTI HIDUP" sambil tersenyum penuh makna... nak pujuk mak la ayat camtu... tapi yang tak tahan kena ugut dengan mak la...  KALAU TAK DAPAT STRAIGHT A'S FOR PMR, MAK SURUH BERHENTI BELAJAR N KAWIN... gulpp!! tak nak!!!! gler pe kawin awal2... banyak lagi impian aku nak capai... takkan la nak kena gari pulak kaki aku ni...tak mau la!!!
3 tahun berhempas pulas, alhamdulillah... KEJAYAAN ITU MILIK AKU!!! seperti yang aku janjikan masa hari 1st datang sekolah ni... aku happy sangat... mak pown happy sampai menangis...abah pown tersenyum je sepanjang masa...tanpa aku sedar itulah detik permulaan hidup aku yang sebenar2nya bakal bermula....
semuanya macam mimpi je... hari berganti hari...bulan berganti bulan...tahun berganti tahun... semua tu telah aku tinggalkan lama dulu...dah hampir 6 tahun kenangan tu... 

hari ni usiaku 20 tahun...belum genap lagi eh... da banyak pahit getir hidup ni aku lalui walaupown takde la sebanyak mak abah... tapi semua tu mematang kan aku... semua tu mengajar aku agar tidak lagi menjadi anak manja yang bergantung sepenuhnya dengan mak abah... belajar nak teruskan hidup yang semakin pelik ku rasakan... rupanya dunia ni indah untuk zaman kanak2 je... bila da dewasa baru nampak dunia ni tak seindah itu... banyak hipokrit dari kebenaran... seperti aku yang masih tercari2 perlabuhan IMAN... puas sudah tergelincir jatuh berlumpur tapi cepat2 aku bangun... takkan aku biarkan diri aku bermandi lumpur yang hanyir tu... saban masa meniup semangat yang hampir padam dulu... meninggalkan jejak2 yang hampir aku lupakan... 

hari ni aku di sini... sedang mengejar cita2... bila penat berlari aku berhenti melepaskan lelah..kemudian berjalan perlahan2 sebelum mula berlari lagi... hari ni aku bersyukur walau pown selalu je terjatuh tapi ada tangan yang sudi memimpin aku kembali berdiri... mak abah... terlalu banyak dugaan di sini... kalau tiada iman dalam diri ni sudah lama aku hanyut rasanya... sangat jauh dari keluarga tercinta... aku mula muhasabah diri... bukankah semakin jauh aku sepatutnya lebih menjaga diri ni... mahal taw!! aku mula mengatur hidop sebaik mungkin... tak mahu menyesal kemudian hari... cita2 aku mesti realisasikan! 

pown begitu, banyak hal2 yang tak dapat nak elak merantai kaki ni... follow ke mana saja aku pergi... lemas rimas tapi terpaksa juga hadapi... mengharapkan kesabaran yang senipis bawang cuma ini terus menjadi benteng diriku... lately kerja sangat banyak..al maklum la da hampir2 akhir semester ni...macam2 projek nak kena handle... di tambah pulak dengan dugaan yang bertimpa2 semester ni sangat menguji kesabaran... ape pown aku tahu Allah tak kan biarkan aku hadapi seorang... sikit sangat dugaan ni untuk insan macam aku... orang lain lebih lagi dugaanya... cuma yang menjadi tanda tanya bila semua ini kan berakhir??? kadang2 terasa lelah jugak diri ni... cuba berlagak macam takde pe2 kesan semua ni tapi sebenarnya tak... jiwa perempuan...macam mana kuat pown terzahir jugak kelemahan tu... ape yang aku fikirkan semua ni pasti ada kebaikan untuk aku suatu hari nanti... takde benda yang terjadi tanpa sebab kan???

ape yang cuba nak sampaikan sebenarnya kita perlu bersedia dari awal untuk hadapi sebarang kemungkinan yang tak terjangka... cara kita berfikir paling penting... seperti dia yang mengajar aku berfikiran lebih jauh... ada benarnya... kalau orang lain mungkin ada yang terasa macam kena gari... ada yang cakap aku ni macam takde kebebasan tapi aku tak kisah... sebab kena gari la aku dapat kenal mana baik mana yang tak... sebab kena paksa la buatkan hati aku terbuka untuk menjadi lebih baik... ingin mencari janji Allah

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright© All Rights Reserved By http://norsyafiqqah.blogspot.com