KECIL TAPAK TANGAN, NYIRU KU TADAHKAN KAWAN-KAWAN... JADILAH SEPERTI RESMI PADI, SEMAKIN BERISI SEMAKIN MENUNDUK :)
RSS
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Welcome and thank you for visiting norsyafiqqah.blogspot.com..here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation, natural suplement.

I am Syafiqqah, your Shaklee Independent Distributor at Jitra,Kedah. Delivery throughout Malaysia
Shaklee ID: 893986| nnorsyafiqqah@gmail.com| 013-4697950|FB: Syafiqqah

JOM KAWENN...

ASSALAMUALAIKUM.....atok...oOoo..atok...
err..atok kat kampung maaa....
burung belatuk banyak la...

hmm..da lama tak post... al maklum la...kesibukan kebusya. ketidaksempatan masa... akhir2 ni banyak sangat hal2 yang tak dapat di elakkan...biasa la..dunia 'STUDENT' memang macam tu... test kuiz assignment and so on..sumenya mngejar 'date line'...

oh ya...asanya belom terlambat nak wish GONG XI FA CHAI tuk sume kawan2ku yang menyambut tahun baru cina... dengar2 tahun ni membawa banyak tuah...tahun naga air....n hope so =)...

ok...ha...macam bahaya je bunyi entry kali ni kan?? bukan bahaya sebab pe pown...orang tue2 cakap sebab umur tak cukop g...eh...tapi aku asa da cukop da...caner ni...nak kawen jugak..~~sambil hentak2 kaki...(gaya cam desperate gilerrr..haha)
korang nak kawen tak?? sape yang tak nak kawen kan...tipu r kalau tak pernah terfikir nak kawen...ha..tu..tu...mesti tengah terbayang dok atas pelamin tuuhhh..haha...
kawen ni satu tuntutan jugak... bila berkahwin maka selesai lah separuh daripada ibadat kita sume... sunnah nabi k... so, jangan nak pertikai pe2 pasal hal ni...
 sebenarnya just nak citer pasal nikah khitbah or lebih dikenali as nikah gantung...

Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.

Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.

Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.

Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:

  • Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya.
  • Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar.
  • Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.

Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.

Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.

Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.

Dari sini kita dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.

Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.

so, pe pendapat korang??? should be kita anjurkan nikah khitbah ni untuk remaja zaman sekarang... so that kes2 sosial dapat di kurangkan n dihapuskan terus... 
hope entry ni dapat membantu korang sume kat luar sana tu...
da banyak cara yang bole kita gunakan untuk elakkan hal2 yang tak sepatutnya berlaku...

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright© All Rights Reserved By http://norsyafiqqah.blogspot.com