KECIL TAPAK TANGAN, NYIRU KU TADAHKAN KAWAN-KAWAN... JADILAH SEPERTI RESMI PADI, SEMAKIN BERISI SEMAKIN MENUNDUK :)
RSS
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Welcome and thank you for visiting norsyafiqqah.blogspot.com..here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation, natural suplement.

I am Syafiqqah, your Shaklee Independent Distributor at Jitra,Kedah. Delivery throughout Malaysia
Shaklee ID: 893986| nnorsyafiqqah@gmail.com| 013-4697950|FB: Syafiqqah

12 Tahanan Palestin Menghidap Kanser Masih Ditahan Di Penjara Israil


10 Disember 2012 - GAZA, (PIC)-- Pusat Kajian Tahanan Palestin (PPSC) mengesahkan bahawa penjajah masih menahan di penjaranya 12 orang tahanan yang menghidap pelbagai jenis kanser.

Jumlah tahanan yang menghidap kanser telah berkurang selepas perlepasan tahanan Nabil Naim Natsheh yang berasal dari bandar al-Khalil yang menghidap kanser dan telah menjalani hukuman 15 bulan di penjara padang pasir Negev.

Pengarah PPSC, penyelidik Riyad al-Ashqar, memaklumkan tahanan yang menghidap kanser semakin menderita ketika berada dalam tahanan, keadaan penjara yang tidak mesra terhadap mereka, keganasan penjajah dan hak-hak mereka yang dinafikan sebagai tambahan ke atas kesakitan mereka dan polisi pengabaian perubatan.

Ashqar memaklumkan kesihatan tahanan Mutassim Raddad, 27 dari Tulkarem yang menderita akibat kanser bertambah teruk.

Mutassim yang ditahan di penjara hospital Ramla, mula mengalami masalah jantung, radang usus yang kronik, pendarahan yang teruk dan berterusan yang menyebabkan anemia. Doktor telah memutuskan beliau perlu menjalani pembedahan untuk membuang keseluruhan ususnya, Mutassim telah memberi kebenaran selepas dinasihatkan oleh jawatankuasa perubatan dari luar.

Penyelidik Ashqar turut memaklumkan bahawa keadaan kesihatan tahanan Khalil Ibrahim Abu Hadrous yang turut mengalami kanser kian teruk, sambil menambah bahawa beliau telah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan tumor setahun yang lalu dan beliau kini menjalani kimoterapi dan berterusan memerlukan ubat.

Ashqar meminta semua institusi antarabangsa dan pertubuhan terutamanya Organisasi Kesihatan Sedunia dan Doktor Tanpa Sempada agar segera menghantar jawatankuasa perubatan untuk melawat penjara Israil bagi melihat sendiri keadaan tahanan yang sakit dan campur tangan bagi menyelamatkan nyawa mereka dan membebaskan mereka.
Sumber: The Palestinian Information Center   |   Terjemahan: Seri Wani (Sukarelawan AP)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen budak comel:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright© All Rights Reserved By http://norsyafiqqah.blogspot.com