KECIL TAPAK TANGAN, NYIRU KU TADAHKAN KAWAN-KAWAN... JADILAH SEPERTI RESMI PADI, SEMAKIN BERISI SEMAKIN MENUNDUK :)
RSS
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Welcome and thank you for visiting norsyafiqqah.blogspot.com..here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation, natural suplement.

I am Syafiqqah, your Shaklee Independent Distributor at Jitra,Kedah. Delivery throughout Malaysia
Shaklee ID: 893986| nnorsyafiqqah@gmail.com| 013-4697950|FB: Syafiqqah

WORKING AT HOME =)

Assalamualaikum... Berbicara mengenai

 "BISNESS DARI RUMAH" @ WORKING AT HOME


Apa yang kita faham pasal ni?
Dewasa ini, ramai malahan tersangat ramai yang ingin majukan taraf kehidupan dari yang BIASA kepada LUAR BIASA.
Baik dari individu mahupun keluarga atau company atau peniaga kecil. Dari serendah-rendah taraf kehidupan hinggalah yang dah maju ke depan.
Era globalisasi yang tersangat pesat sekarang ni membuatkan kita tidak boleh duduk diam bergoyang kaki saja. Semua hal memerlukan DUIT untuk meneruskan kehidupan...
Kewangan yang stabil hanya boleh dapat dari berniaga..
Nabi kita, Rasulullah SAW pun pernah bersabda: 9 /10 punca rezeki datangnya dari BERNIAGA.
Jom kita perjelaskan apa itu 

[ WORKING AT HOME MUM - WAHM ]

Ramai wanita teringin sangat nak jadi W.A.H.M

Tapi ramai yang tersalah percaturan.

Ingat, bila anda jadi W.A.H.M, anda sebenarnya bukan berhenti kerja.

Anda sebenarnya hanyalah bertukar tempat kerja. Jika dulu anda berkerja di syarikat anda.

Jika anda jadi WAHM, anda berkerja sendiri tetapi di rumah.

Cuba bayangkan, jika dulu anda berkerja 10 jam sehari ( termasuk travel time dari rumah ke pejabat pergi balik ), bila anda jadi W.A.H.M pun anda sepatutnya kerja sekurang kurangnya 10 jam sehari dari rumah.

Ramai orang buat silap.

Bila mereka berkerja dengan orang lain, mereka boleh saja kerja 10 jam sehari.

Tetapi bila mereka berkerja sendiri, mereka kerja tak sampai 8 jam pun di rumah.

Lebih menyedihkan, mentaliti mereka. Mereka ingat mereka sudah berhenti kerja. So, boleh buat semua kerja kerja rumah macam biasa.

Itu namanya Suri Rumah.

Bukan W.A.H.M.

So kepada rerakan yang dah berhenti kerja dan buat bisnes sendiri sekarang, saya cadangkan kepada anda untuk berkerja lebih keras sekarang ini.

Jika dulu anda kerja untuk mengkayakan orang lain. Tetapi hari ini anda kerja untuk mengkayakan diri anda sendiri.

So, please work harder. It's not for others. It's for your own benefits.

Its For You........

Tolonglah betulkan mentaliti anda. Trust me, jika anda boleh fokus kerja at least 8 jam sehari di rumah. ( Tak masuk waktu anda masak, basuh baju, lipat baju, tengok tv ). Maksud saya 8 jam tu solid untuk kerja bisnes yang anda buat.

Insya Allah. Barulah bisnes anda akan berkembang maju.

Saya doakan mereka yang berimpian untuk menjadi W.A.H.M mencapai apa yang mereka impikan.

Jangan takut untuk 'berimpian'. Tak kena bayar duit pun.

Dunia hari ini dah tak sama macam 10-15 tahun lepas. Jika dulu, semua mentaliti orang hanya nak kerja makan gaji. Tapi, dunia hari ini dah berubah. Orang dah punya mentaliti untuk buat bisnes sendiri.

Lagi pun, sekarang dah ada bisnes online. Lebih mudah untuk dilaksanakan pada modal yang sangat rendah. Cuma anda perlu bijak memilih bisnes yang betul, mentor yang betul.

Semoga apa yang saya tulis ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Jika anda rasa entri ini bermanfaat untuk anda dan rakan rakan anda yang lain, mohon LIKE &SHARE status ini.

Jika ada kawan anda yang dah jadi W.A.H.M tapi macam jadi Suri rumah. Hmmm.... Lagi lah anda kena share.

Mohd Firdaus Mat Saad 
"Inspiring & Motivating Others"

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 komen budak comel:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright© All Rights Reserved By http://norsyafiqqah.blogspot.com