KECIL TAPAK TANGAN, NYIRU KU TADAHKAN KAWAN-KAWAN... JADILAH SEPERTI RESMI PADI, SEMAKIN BERISI SEMAKIN MENUNDUK :)
RSS
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Welcome and thank you for visiting norsyafiqqah.blogspot.com..here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation, natural suplement.

I am Syafiqqah, your Shaklee Independent Distributor at Jitra,Kedah. Delivery throughout Malaysia
Shaklee ID: 893986| nnorsyafiqqah@gmail.com| 013-4697950|FB: Syafiqqah

AKU, DIA DAN KAMU



persahabatan terindah itu
lahir dari tulusnya hati
saat kita berkongsi rasa yg sama
tika detik waktu membelah masa



persahabatan terindah itu
bila kita memberi dan menerima
kekuatan dan kelemahan
suka dan duka
kita tetap bersama



persahabatan terindah itu
bila kita semakin dekat denganNya
semakin tenteram hatinya
semakin utuh persahabatannya
walau badai melanda



Alhamdulillah
aku punya engkau dan dia
sahabat hingga ke syurga
InshaAllah



tiada kata mampu kuzahirkan
utkmu sahabat tercinta
kerana dirimu begitu berharga
=,=" mcm iklan LORE'AL pulak haha

"sahabat yg beriman ibarat mentari yg menyinar..
sahabat yg setia bagai pewangi yg mengharumkan..
sahabat sejati menjadi pendorong impian.. 
sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.."
(Saidina Ali bin Abi Talib)

"Antara nikmat terbesar ialah apabila Allah rezekikan kepada kita sahabat yg sayang kpd kita kerana Allah, bila kita silap dia nasihat, bila kita lemah dia bagi semangat, dia bersama kita ketika taat, dia gembira dengan kejayaan kita, hargailah nikmat ini, jaga ia, syukur"

"As we go on, we remember. all the times we had together. and as our lives change from whatever, we will still be FRIENDS forever" - Rasyiqah- InshaAllah






Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

= NO CAPTION =

Tak ku pinta untuk jadi begini
bukan niat aku 
tak pernah terdetik untuk ku berpaling
tapi apakan daya
Dia Maha Mengetahui
setiap yang berlaku itu pasti
ada sebab kenapa dan mengapa
persoalan demi persoalan 
yang aku juga tidak punya jawapan

saat aku gayat sepi menyendiri
tak siapa tahu 
betapa berat dugaan ini
air mata mengalir lagi
saat mencari satu yang tak pasti
apa sebenarnya yang ku cari

puas aku merayu padaNya
tolong ya allah
tunjukkan aku apa hikmahnya
disebalik ombak yang melanda

bukan salah sesiapa
bukan aku bukan dia
bukan juga engkau

sedih saat diri dihina
rasa terhina
tak mampu untuk ku telan semua
ya
aku wanita degil itu
aku berhati batu
tapi aku juga wanita biasa

salah bila aku jadi lalang
salah bila aku tak tetap pendirian
salah bila aku terlalu memandang 
rupa harta dan pangkat seseorang

rupanya belum cukup tempoh perkenalan kita
tegar kau berkata sedemikian rupa
hmmm aku terima
apa lagi yang perlu ku kata
jika itu penilaian akhirnya






Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Bertunang Mak Teh Noraini ;)

Dah bersawang blog ni ye =0
dah minggu akhir syawal baru gigih nak share segala
takpa mood raya tu terasa lagi
assalamualaikum and hye~~
belum terlambat untuk wish Selamat Hari Raya Eidilfitri rasanya

Just nak share beberapa event yg terjadi sepanjang Eid ni
event yang sangat memorable utk iooolls ^_^

First of all tentu la pasal majlis2 kenduri sepanjang cuti raya ni kan
family ioools pown tak terkecuali nak adakan event kenduri kendara nieh
And kat cni ioools nak ucapkan SELAMAT BERTUNANG special for Mak Teh Noraini and En. tunang


Tak lupa jgk member2 skolah ioools yg turut adakan majlis n tak dapat nk hadir..
mintak maap ya kesuntukan masa ++ jauh jgk nk pg dr kg ni haa

tapi tu la tak byk gmbr pown sb ioools mak andam aritu n ioools pown teperap dlm bilik dgn Cik tunang ni..so xtw pown apa yg berlaku..tawu2 ja org panggil keluar dh..
Terlepas den nak tengok sesi musyawarah tu... dah la tak dak dh mak cik2 perempuan pasni tinggal yg pak cik2 ja..so tak bole nak tengok dah org mai umh nak meminang..kita la pulak p umah org..
::teruja bla tgok org tua2 ramai ni::

ni ada la sikit gambo selpie kami ramai2 dlm bilik
jd la tu jnji ada


Janji Allah itu pasti...
Lambat atau cepat akan datang jodoh kita tu
Tapi kena la usaha jugak mencari













Last but not least
I have something to share with all


Tulang rusuk Adam yang hilang itu,
Biarlah dia yang mencarinya sendiri,
Hawa pula, 
tunggu dan bersabarlah !
Tidak perlu kamu mencari si Adam..
Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang..
Dia tetap akan datang  dan mengambilmu suatu hari nanti..
Apa yang boleh kamu usahakan ialah berDoa...
agar si Adam yang datang itu,
adalah Adam yang beragama, 
beramal dengan agamaNya dan
punya akhlak yang baik...
dengan kata lain,
dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus menuju ke syurgaNya :)

Alhamdulillah syukur

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

WORKING AT HOME =)

Assalamualaikum... Berbicara mengenai

 "BISNESS DARI RUMAH" @ WORKING AT HOME


Apa yang kita faham pasal ni?
Dewasa ini, ramai malahan tersangat ramai yang ingin majukan taraf kehidupan dari yang BIASA kepada LUAR BIASA.
Baik dari individu mahupun keluarga atau company atau peniaga kecil. Dari serendah-rendah taraf kehidupan hinggalah yang dah maju ke depan.
Era globalisasi yang tersangat pesat sekarang ni membuatkan kita tidak boleh duduk diam bergoyang kaki saja. Semua hal memerlukan DUIT untuk meneruskan kehidupan...
Kewangan yang stabil hanya boleh dapat dari berniaga..
Nabi kita, Rasulullah SAW pun pernah bersabda: 9 /10 punca rezeki datangnya dari BERNIAGA.
Jom kita perjelaskan apa itu 

[ WORKING AT HOME MUM - WAHM ]

Ramai wanita teringin sangat nak jadi W.A.H.M

Tapi ramai yang tersalah percaturan.

Ingat, bila anda jadi W.A.H.M, anda sebenarnya bukan berhenti kerja.

Anda sebenarnya hanyalah bertukar tempat kerja. Jika dulu anda berkerja di syarikat anda.

Jika anda jadi WAHM, anda berkerja sendiri tetapi di rumah.

Cuba bayangkan, jika dulu anda berkerja 10 jam sehari ( termasuk travel time dari rumah ke pejabat pergi balik ), bila anda jadi W.A.H.M pun anda sepatutnya kerja sekurang kurangnya 10 jam sehari dari rumah.

Ramai orang buat silap.

Bila mereka berkerja dengan orang lain, mereka boleh saja kerja 10 jam sehari.

Tetapi bila mereka berkerja sendiri, mereka kerja tak sampai 8 jam pun di rumah.

Lebih menyedihkan, mentaliti mereka. Mereka ingat mereka sudah berhenti kerja. So, boleh buat semua kerja kerja rumah macam biasa.

Itu namanya Suri Rumah.

Bukan W.A.H.M.

So kepada rerakan yang dah berhenti kerja dan buat bisnes sendiri sekarang, saya cadangkan kepada anda untuk berkerja lebih keras sekarang ini.

Jika dulu anda kerja untuk mengkayakan orang lain. Tetapi hari ini anda kerja untuk mengkayakan diri anda sendiri.

So, please work harder. It's not for others. It's for your own benefits.

Its For You........

Tolonglah betulkan mentaliti anda. Trust me, jika anda boleh fokus kerja at least 8 jam sehari di rumah. ( Tak masuk waktu anda masak, basuh baju, lipat baju, tengok tv ). Maksud saya 8 jam tu solid untuk kerja bisnes yang anda buat.

Insya Allah. Barulah bisnes anda akan berkembang maju.

Saya doakan mereka yang berimpian untuk menjadi W.A.H.M mencapai apa yang mereka impikan.

Jangan takut untuk 'berimpian'. Tak kena bayar duit pun.

Dunia hari ini dah tak sama macam 10-15 tahun lepas. Jika dulu, semua mentaliti orang hanya nak kerja makan gaji. Tapi, dunia hari ini dah berubah. Orang dah punya mentaliti untuk buat bisnes sendiri.

Lagi pun, sekarang dah ada bisnes online. Lebih mudah untuk dilaksanakan pada modal yang sangat rendah. Cuma anda perlu bijak memilih bisnes yang betul, mentor yang betul.

Semoga apa yang saya tulis ini dapat memberi manfaat kepada anda.

Jika anda rasa entri ini bermanfaat untuk anda dan rakan rakan anda yang lain, mohon LIKE &SHARE status ini.

Jika ada kawan anda yang dah jadi W.A.H.M tapi macam jadi Suri rumah. Hmmm.... Lagi lah anda kena share.

Mohd Firdaus Mat Saad 
"Inspiring & Motivating Others"

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM



Orang pertama cipta telefon ? Alexander Graham Bell ..
Orang pertama tulis bismillah ? ?????
Anak kalau tanya mampus nak jawab..
So simpan nota nih....

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM
------------------------------
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

✔ Rugilah kalau tak SHARE sebab hanya 1 peluang dakwah yang MUDAH. . . Jom share !!! Sebarkan

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

NIKAH & RESEPSI MY AUNT UNCLE

Tanggal 8 Disember 2013,
telah berlangsung MAJLIS PERNIKAHAN NOR EISHAH with MANSOR 
which is my Mak Teh with her beloved husband

Alhamdulillah akhirnya pencarian dan penantian beliau ternokhtah di sini..
Bersatunya dua hati dalam restu kedua-dua keluarga.. 
Detik-detik yang sangat indah ku kira...
Ehmm dalam hati 'bila turn aku pulak ni' hihi

Saat paling berdebar ni... 

Tenang ja pengantin ni TAPI dalam hati sapa yg tw kn hihi

Seutas gelang tangan hadiah perkahwinan

Merpati dua sejoli..
Sama cantik sama padan


With anak-anak







MAJLIS RESEPSI 
berlangsung penuh kemeriahan pada 1 Februari 2014
Alhamdulillah seronok sangat tengok pasangan pengantin ni
May Allah bless till Jannah... amiinn







Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BILA NAK BELAJAR LAGI?

Assalamualaikum...

Hoyeeeaahh wacacaca...
Setelah hampir lapan bulan TANAM ANGGUR kat umah,

AKHIRNYA!!!



Alhamdulillah sume ni rezeki dari Allah... 
Masa mula2 nak check tu JANTUNG rasa macam dah TERJATUH kat kaki...
Padahal hari sebelum2 tu takde cuak ke benda pown...

...SAJA KASI SUSPENS JE...

Actually, beberapa hari sebelum tu memang dah dapat petanda baik dalam mimpi tapi takut nak percaya.. 
Yela orang tua2 cakap mimpi benda2 baik ni petanda rezeki nak datang..
So ini la rezeki yang datang tu...


Tahun Baru... Azam Baru... Semangat Baru... In! Shaa Allah
 Will Fight for the BEST pointer!

  

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright© All Rights Reserved By http://norsyafiqqah.blogspot.com