KECIL TAPAK TANGAN, NYIRU KU TADAHKAN KAWAN-KAWAN... JADILAH SEPERTI RESMI PADI, SEMAKIN BERISI SEMAKIN MENUNDUK :)
RSS
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Welcome and thank you for visiting norsyafiqqah.blogspot.com..here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation, natural suplement.

I am Syafiqqah, your Shaklee Independent Distributor at Jitra,Kedah. Delivery throughout Malaysia
Shaklee ID: 893986| nnorsyafiqqah@gmail.com| 013-4697950|FB: Syafiqqah

MAKE-UP 12hb OKTOBER 2013

Assalamualaikum & haiii...

Hari ni berkesempatan lagi untuk mengasah skill yg ada...
Alhamdulillah makin improve skrg ni...
Ika blaja sndri je... buat xperimen sndr tengok gambar n dalam U-tube... Blog pown ada jgk ika jadikan rujukan... tak susah sebenarnya yang penting minat n rajin buat homework.. tu je :)

Yang jadi model adik2 la... kdg2 make up jgk dekat muka sndiri...
so sorry gambar tak berapa jelas sebab lighting tak cukup... dalam bilik mmg gelap sikit

 sebelum & selepas

sori blusher tak nampak pulak huhu

 eyeshadow color pink coklat blendkan skali




Yang ni pulak gambar 2weeks ago!!
Saja try  make up ala2 KOREAN n BIG EYES











TATATATATATATATA!!!!

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Happy Birthday To Me

Alhamdulillah syukur hingga hari ini masih diberi peluang dan harapan dariNya untuk hidup di bumi Allah ini...
Nafas yang dipinjamkan ini, detik demi detik yang dilalui terlalu berharga untuk dibuang pergi..

Hari ini setelah 21 tahun, baru sedar tanggungjawab sebagai hambaNya terlalu berat & tak ternilai. Semuanya untuk hari perhitungan kelak...

Hari ini setelah 21 tahun, masih banyak lopak2 yang belum ku sempurnakan... Amalanku, sikapku, hubungan dengan manusia, alam dan haiwan, terlalu banyak yang perlu ku kejarkan, terlalu sedikit pula masa kurasakan..ehmmm

Hari ini setelah 21 tahun, ku rasakan menjadi wanita muslimah itu terlalu sempurna untuk diri ini. Dan ku ingin berhijrah ke arah itu "Bantu aku Ya Allah"

Hari ini setelah 21 tahun, diri ini bahagia bersama insan2 yang menyayangi diri ini... keluarga, sahabat handai dan insan2 yang paling istimewa dalam hidupku selain mak abah, Amir, Wan Zaidiyana, Ejaa, Safia, Farisya, Adk Yanti, Johari,Zanie Sungguh uolls insan paling istimewa yang pernah ku miliki hingga kini.. walau kita berjauhan tapi itu bukan penghalangnya untuk kita berhubung walau apa yang berlaku...
MISS uollss SOOO MUCH T_T

Di hari yang sangat bahagia ini, dikelilingi  teman2 sepengajian, menghabiskan masa bersama.. Thankz a lot Frenz walaupown korang tak tawu pown hari ini sangat istimewa buatku ;)

HAPPY BITHDAY 21th TO ME

I was here with them



Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DRESS KASIH SAYANG :)

Assalamualaikum & salam sejahtera

korang nak tawu tak??! tak nak tawu pown nak citer jugak...
sebenarnya dah lama teringin nak blaja jahit dress ni...

pergi sana pergi sini nak masuk kelas menjahit tapi takde rezeki sebabnya tak match jadual Iqa... salah satu tempat Iqa pergi adalah KEMAS...


ape yang bestnye dengan tempat ni?
Haaa banyak perkara best kat sini... contohnya ada kelas :

  • komputer
  • jahitan
  • kraf tangan
  • memasak
  • dan macam2 lagi tw!
Tapi di sebabkan adaa aral melintang, so terpaksa la melupakan hasrat ke sini... T_T sob..sob...

Walaubagaimanapun, ewahhh- penanda wacana ambik kau! Iqa still nak jugak buat dress sendiri. So berpandukan dress contoh yang sedia ada,Iqa pown mulakan projek ni...


kain yang Iqa guna ni jenis jersi... lembut sangat kain ni aduhai memang mencabar jugak la...

NAK TAWU NAPE??!!

Sebabnya dress ni nak bermanja dengan tuan dia... tak nak kena direct jahit mesin... T_T
Dengan keazaman yang tinggi- cewwahh!! Iqa pown start la potong kain... ukuran dress ni Iqa lebihkan 2 inci... saja nak bagi besar sikit- melihat masa depan ni...nt da mengandung tak payah cari baju banyak2... pakai je baju yang masa anak dara tue...kikiki
BUT ukuran bahu ikut ukuran bahu Iqa sendiri, so sape2 nak pinjam kalau ikot saiz badan Iqa bole la... memang loose baju ni tak melekap dekat badan... tu yang Iqa suke tueee hhehe

Bila dah siap potong, ntar umah jiran untuk jahit tepi... Then bermula la proses yang mengambil masa selama 3-4 hari untuk dijahit (takde la tumpu dekat baju ni sehari suntuk pown..tu yang jadi lama)... 1st jahit dengan tangan dulu. 2 hari baru siap then try pakai... sebelum ditindih sekali lagi dengan mesin, adjust kt tempat mana2 yang tak ok... Then SIAP!! ohhohohoho memang menguji kesabaran betul dress yang ku jahit dengan penuh kasih sayang akhirnya siap juak!

Buat2 tak pandang camera kikiki

PARIS tueee!! ko hado??!

Full set! Jom keluar!

nak tunjuk tahap kekembangan dress ku ini ;)

ade bakat masuk modelling tak? hihi
Sebenarnya dress ni untuk presentation LATIHAN INDUSTRI tanggal 19 Sept 2013 bersamaan hari lahir Iqa... Hadiah untuk diri sendiri.. apa yang Iqa perasan kita akan lebih hargai something yang kita buat sendiri walaupown tak cantik macam dekat kedai2 kat luar sana tapi EFFORT yang kita bagi tu membuatkan apa2 yang kita buat tu lebih berharga.. AM I RIGHT?!!!
hasil usahaku ini... ada tali ikat di pinggang sebab tu nampak cutting sikit

TERKEJUT APA NTAH?? buat2 terkejut je kot

Jom jalan2 pergi mall
Thats all for today tatataaaaaa!

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

NUTELLA CHOC CHIPS MUFIN



Lagi2 muffin!
muffin!
muffin!
mufffiiinn!!!
arrgghhh nape gilakan mufin lately ni???!

ok sabar2 nak wat caner hati tengah gumbira senang lenang takde keja so kita kerjakan la barang2 yang ada kat dapur nuuuuuuun! kikiki

NUTELLA CHOC CHIPS AGAIN?!

YUPPP!!!~~~jangan maraaahhh saya T_T

resepi yang ni lain sikit dari aritu... lebih banyak ingredient yang perlu digunakan tapi takpe basically sumenya dah ready ada kat dapur, so senang keja la kan hehe

LETS TRAVEL LADIES!!

ITEM NEEDED!!

  • 2 1/4 cawan tepung
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2/3 brown sugar/ gula perang
  • 1/3 cawan butter, dicairkan & disejukkan
  • 1/2 cawan nutella
  • 2 biji telur
  • 1 cawan susu cair
  • 1 sudu teh hazelnut extract
  • 1 cawan choc chips
  • 2 sudu raw sugar
HOW TO BAKE?!
  • panaskan oven 180 celcius. susun cawan muffin dalam dulang pembakar dan letak sebelah.
  • dalam satu mangkuk, ayakkan bersama tepung, baking powder dan garam. letak sebelah.
  • pukul brown sugar, butter & nutella. kemudian masukkan telur. tambahkan separuh tepung ke dalam adunan. kacau. add in susu cair & hazelnut extract. bila sudah agak2 sebati tambahkan tepung yang selebihnya. tambahkan choc chips dan kacau lagi.
  • sudukan adunan ke dalam cawan mufin. taburkan raw sugar di atas setiap mufin. bakar selama 20 - 30 minit atau sehingga masak
  • sejukkan dan sedia dihidang!
SELAMAT MENCUBA!!

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

BLUEBERRY MUFFIN (24 BIJI)



Ehem...
bila tengok2 balik la kan banyaknya nak share menu dengan korang... sume best2 tw!

Hari ni nak share resepi blueberry mufin pulak. Confirm korang tak menyesal if ikot step by step dengan betul k;


Bahan-bahan yang kita perlukan :

  • 170g mentega
  • 160g gula kastor
  • 4 biji telur Gred A
  • 350g tepung gandum
  • 20g baking powder
  • 1 camca teh esen vanilla
  • blueberry filling
  • 160ml susu segar/susu cair
  • badam keping - untuk hiasan
  • muffin cup
Cara-caranya
  1. pukul mentega + gula kastor sampai kembang. masukkan telur 1 by 1 + esen vanilla sambil terus pukul hingga adunan menjadi putih.
  2. gaul tepung gandum + baking powder (ayak). masukkan tepung ke dalam adunan mentega berselang-seli dengan susu segar/susu cair hingga habis. gaul rata.
  3. sudukan adunan ke dalam bekas mufin cup, jangan penuh. isikan sedikit filling blueberry dan tambah adunan mufin di atasnya. anggaran 3/4 penuh. tabur denagn badam keping dan susun dalam dulang pembakar.
  4. bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 celcius selama 20-25 minit.
  5. siap untuk dihidang!

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

NUTELLA MUFFIN WITH CHIPS CHOC AND CRUNCHY ALMOND

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Dah sebulan takde ape2 news... dalam hati takde mood nak type padahal macam2 nak share dengan korang hihihi...

So malam ni ada kelapangan sikit setelah berhempas pulas menyiapkan report Latihan Industri ang bari je tamat 2weeks yang lepas...

Lately sangat2 suke try resepi baru yang mudah & sangat ringkas... macam resepi nutella ni kan da lama simpan dari before puasa aritu tapi lepas raya baru sempat nak try baking...

Ok tak nak cakap banyak, uollss bole tengok n try nanti... Iqa bagi jaminan korang tak kan menyesal try resepi ni... Have fun!

BAHAN2 YANG DIPERLUKAN

  • 1 cawan nutella
  • 2 biji telur gred A
  • 10 camca tepung gandum
  • chocolate chips
  • badam
  • 6 - 7 cawan kertas

LETS TRAVEL BABE!
  • Panaskan oven 180 celcius selama 15 minit @ benar2 panas.
  • Campurkan kesemua bahan dan pukul menggunakan mesin selama 5-10 minit dengan kelajuan sederhana @ sehingga benar2 sebati.
  • Isikan ke dalam cawan kertas 3/4 penuh dan susun dalam dulang pembakar.
  • Taburkan chips choc dan badam ikut kesukaan... Lagi banyak lagi sedap nyummmy!
  • Bakar 180 celcius selama 30 minit. Untuk pastikan cake telah masak, cucuk dengan lidi and if takde ape2 yang melekat pada lidi, CUPCAKES ANDA DAH SIAP!!! hohoho
  • Sejukkan dan sedia dihidang... bole juga nak makan panas2 

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

FISH & CHIPS IN THE HOUSE

Assalamualaikum & selamat petang...

Dah lama x b'update ye... orang sibuk cerita pasal raya, aku sibuk pasal kisah sendiri je hihi..
Arini dapat fillet fish 'FREE'... pk2 nk masak ape la dgn fillet ni...

Mulanya nak goreng besa2 je, tapi disebabkan perut ni ttba teringin nak makan fish & chips pulak...
Honestly x pernah makan pown sbb tiap kali pegi kedai nak makan Western food mesti order Chicken Chop je... Tapi lama2 sekali baru makan la.. tak nak la makin 'membina' kan hihi

Alhamdulillah abah kata sedap & ERKKKKK! kenyang hahaha
ok memang tak le blah kan

walaupown orang lain da lama bercerita pasal keenakan F&C ni, BUT aku tetap nak cerita jugak... peduli hape org nk ckap wakakaka... almaklum la nama pown FIRST TIME MAKAN!

ni ha yg baru je selamat ceroboh dlm perotku
(gambar xbpe nk clear sbb lighting xcantik)





Ok ni resepinya ye... bole la awak2 sume try jugak... sharing is caring!!
Jangan lupa try ye for those yg tak pernah makan mcm aku ni k... SPECIAL for yg xsuka makan di kedai

RESEPI FISH N CHIPS
Sumber : NaniRostam Resepi Nannie Aku.Zack
Sumber : Lina pg

Bahan-Bahan Perapan

  • 4 keping ikan dori
  • serbuk lada hitam
  • Lada sulah
  • garam 
  • Jus lemon

Cara Perap:
  1. Basuh ikan dori (atau apa-apa ikan isi putih) bersih-bersih dan keringkan sedikit guna paper towel.
  2. Lumurkan dengan serbuk lada hitam,lada sulah dan garam.Kemudian perah jus lemon ke atas ikan.
Bahan Batter/Adunan
  • 1 cawan air (secukupnya)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1 sk baking powder
  • Garam secukup rasa
  • Bread crumb
Cara:
  1. Satukan tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan garam ke dalam bekas yang besar.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit kacau/gaul hingga sebati dan tidak berketul hingga korang dapat Lina pg guna hand whisk)
  3. Note: Konsistensi batteryang baik adalah bila adunan dicedok dengan sudu dan jari dilalukan di belakang sudu tersebut, ada garisan nyata yang terpisah antara adunan. Lagi pekat adunan, lagi rangup ikan tu nanti.
  4. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali (pastikan minyak betul2 panas sebelum menggoreng ikan) celup ikan ke dalam adunan.Kemudian lumurkan ikan dengan serbuk roti/bread crumb (gaul rata hingga keseluruhan ikan tersalut serbuk roti).Perlahan-lahan masukkan ke dalam minyak.
  5. Goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan lebihan minyak.
  6. Sedia dihidang dengan kentang goreng, sos cili dan mayonis
Note:
*adunan tak kembang masa goreng, tambah baking soda
*ikan lambat masak dan nampak soggy/basah, maknanya minyak tak cukup panas.

Thankz for reading :)

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

AIDILFITRI BERSAMA (FCC) FARMASI COLOUR COSMETIC

Assalamualaikum...


Hello!! Hello!! Hello Uoolls! 
Belum terlambat rasanya untuk Ika ucapkan Selamat Berpuasa Kepada semua Muslim & Muslimat :)
Alhamdulillah hari ini tanggal 27 July 2013 bersamaan 18 Ramadhan 1434H... dah hampir 3 minggu kita selamat berpuasa menahan lapar & dahaga... Segala nikmat & puji-pujian hanya umtuk Allah SWT...

Sekarang ni HARUSlah semua orang sedang sibuk menyediakan kelengkapan untuk beraya kan?

  • Baju raya.. 
  • kasut raya.. 
  • beg raya.. 
  • tudung raya... 
  • kuih raya... 
  • bla..bla...
Dah settle ke semua list tu?? hehe

Ehem pernah dengar tak pasal Farmasi Colour Cosmetic (FCC)??
FCC ni merupakan produk HALAL dari Istanbul yang dah bertapak di Malaysia hampir 5tahun taw! 
Haa sekarang ni kita bole buat pemilihan dengan lebih bijak kan? Tak perlu susah hati nak cari kosmetik yang HALAL... FCC kan ade ;)

Oh ya,
Jangan lupa ya untuk keserian terserlah di pagi Aidilfitri, sediakan juga FCC Adorn set.. 
Haa jangan tak tahu sekarang ni FCC sedang mengadakan PROMOTION untuk FCC Adorn set ni taw! Jangan lepaskan peluang keEMASAN ini!!


 FCC RAYA PROMOTION


  FCC Adorn Set :



• Look modest this coming Raya with FCC Adorn Set!
• Comprises of FCC NEW and HOT selling items at DISCOUNTED price!
• Here’s MORE!! For every purchase of FCC Adorn Set, get FCC Limited Edition Tote Bag* for FREE.
• PLUS take home FCC Limited Edition Money Packet*.
• We are VERY SURE it’s WORTH every penny spent!
Note:
• YOU may choose either one ONLY for item 1, 2 & 3 and YOU have the freedom to choose the color.
• It doesn’t come with any gift box. It’s all loose items.
• *while stocks last


Set ni sangat sesuai  untuk kita yang mahukan penampilan yang sweet2 gitu... bila pakai memang tak nampak & tak rasa heavy langsung... 
Tambahan pula FCC ni memang produk HALAL... bole dibawa solat juga :) 
Sesuai untuk semua jenis kulit.. memang takda masalah langsung la kan... 
Sekarang ni pown kita mula mendapat kesedaran untuk menggunakan produk yang SUCI & HALAL, so mengapa perlu pilih yang lain??!

Ok bila kita beli set Adorn ni, kita akan dapat Limited Edition Tote Bag & FCC Limited Money Pocket secara PERCUMA!! 
WOW!! Percuma tu!!! Tak nak ke??!
Dalam Limited Edition Tote Bag tu bole isi barang2 make-up FCC ni... Haaa telekung pown bole isi sekali... Mesti lagi sweetkan di pagi Aidilfitri nanti :)

Apa yang best sangat pasal promosi ni??!
- Promosi ni BEST sebab kita bole pilih untuk item no 1, 2 & 3... Haaa pilih je yang mana suka & sesuai untuk diri sendiri.. Nak hadiahkan pada sahabat handai pown bole juga... contohnya untuk item no 1 adalah BB Cream or CC Cream... So uoolls bole pilih salah satu mengikut kesesuaian.. sama juga dengan item no 2 & 3... untung kan?? You worth it !!

Promotion duration from 1st JULY 2013 – 11th AUGUST 2013.. Tunggu apa lagi??!!
GRAB IT NOW!!!

                              

 FCC DUIT RAYA FEVER!!


Banyaknya FCC nak bagi kita! Ni la dikatakan rezeki di bulan Ramadhan :)
Ahaks! banyak tu jumlahnya.. kalau dapat ni maw transform habis sume jadi transformer! gitu pulak kan hihi...
Nak tawu macam mana nak dapatkan Grand Prize RM 1o0o ni? Haa senang aje... meh sini nak citer... 
Tadi kan dah beli barang FCC Adorn set dengan nilai RM155 tu... Then FCC dengan murah hatinya nak hadiahkan RM1000 pada kita... 
InsyaAllah kalau rezeki kita, raya sakan la tahun ni BUT if tak dapat pown jangan kecewa lagi sebab FCC still nak bagi hdiah bernilai RM200 x 5 pemenang... banyak tu... 
Teruja sangat rasanya... Yela dah la FCC bagi barang berkualiti... dapat promosi lagi... dapat free gift lagi... Oh my mana nak dapat kat tempat lain kan?!

Oh ya tak semestinya uoolss WAJIB beli set Adorn ni ye untuk contest duit raya, TAPI bole je beli mana2 produk dari FCC... BOLE AJE :)

Kat mane nak dapatkan produk FCC ni?
- produk FCC bole didapati secara online ataupown dari retailer seluruh Malaysia.. atau bole juga dapatkan dari Rakan Niaga FCC yang sah... nanti diorang bole postkan as your required... 

So, dah banyak cara Ika kasi cerita ni... Bole la pilih mana2 cara untuk join contest ni & jangan lepaskan peluang ni... Lepas ni tak tawu la ada ke tak lagi taw!

Promosi yang ni berlangsung dari 1 July hingga 4 Aug 2013... Sempat lagi ni nak join contest!

Ok kat sini Ika listkan beberapa site yang jual FCC produk... bole dapatkan di sini
 Yang ni pulak syarat2 yang uoolss perlu follow ye... baru bole join :)


STEP 1 :

Hantarkan 
  • NAMA PENUH, 
  • NO. TELEFON, 
  • ALAMAT EMAIL,
  • URL BLOG (kalau ada) 
  • NAMA FB
  • bukti pembelian (resit produk FCC) 
melalui FCC FB Page:Farmasi Colour Cosmetic, PM diorang ataupun emailkan kepada marketing@naturalifesolution.com

STEP 2 :

Buat ulasan tentang produk / testimoni / komen / gambar / video tutorial ataupun apa-apa yang berkenaan dengan produk FCC melalui FCC FB Page dan jangan lupa tekan button SHARE untuk review produk ni pada keluarga dan sahabat handai :)

Kalau ada blog, boleh tulis review di blog korang dan tag FCC FB Page. Lagi banyak uoolss share, lagi besar peluang untuk korang menang!


STEP 3 :

peluang uoolss nak menang lagi cerah...!!


For more information, uoolss bole visit kat sini ye


Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright© All Rights Reserved By http://norsyafiqqah.blogspot.com