malam ni nak citer pasal abah dan juga mak...
insan yang paling aku sayang dalam dunia ni... tak kan ada pengganti lagi selepasnya...
dia seorang yang sangat penyayang... seboleh mungkin semua kehendak anak2nya akan cuba di penuhi... kami bukan keluarga berada yang punya segalanya tapi sampai hari ni kami tak pernah merasa apa2 kekurangan... kasih sayang termahal pernah kami dapat di dunia ni... I'm glad to have them as my parents...
dulu abah selalu angankan anak2nya akan jadi seorang yang berjaya... dia sangat teringin melihat anaknya melangkah lebih tinggi dalam pelajaran... selalu abah ceritakan kisah2 kehidupan di universiti... semuanya membuatkan aku tertarik dan ingin tahu ape istimewanya tempat ni sampaikan abah selalu ulang2 cerita...
aku dapat lihat sinar pengharapan di dalam matanya...
dulu abah tak mampu nak sambung belajar lagi sebab kesusahan hidup waktu tu... tok wan da lama pergi menemui Ilahi... sejak umur abah 9 tahun... n sejak dari tu jugak la takda sape nak pedulikan abah lagi... abah anak sulung... adik2 ramai lagi yang perlu bersekolah... akhirnya abah merantau ke tempat orang...
mak pown tak dapat sambung belajar lagi lepas SPM... waktu tu mak antara pelajar cemerlang sekolah jugak. dapat masuk tingkatan6 tapi mak tak dapat pergi sebab keluarga susah dulu... adik2 ramai lagi yang nak belajar... akhirnya setakat itu je la... mak da dapat tawaran menjadi guru di sabah tapi di sebabkan baru je balik ke semenanjung, mak terpaksa tolak tawaran tu...
hari ni aku telah merealisasikan impian tu... dorang bangga bila melihat aku menjejakkan kaki di sini... segala keperluan aku cuba dipenuhi walau terpaksa bersusah payah... adik2ku juga selalu membanggakan mak abah... penat lelah mereka akan ku bayar tak lama lagi... namun aku sedar segala pengorbanan mereka tak kan termampu aku bayar dalam kelahiran ini...
ALONG SAYANG MAK ABAH... DOAKAN KEJAYAAN ANAK2MU INI YE!!!
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."
Welcome and thank you for visiting norsyafiqqah.blogspot.com..here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation, natural suplement.
I am Syafiqqah, your Shaklee Independent Distributor at Jitra,Kedah. Delivery throughout Malaysia
happy father's day
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen budak comel:
Post a Comment