Jalan2 blogwalking tetiba teringat dah lama ngidam nak makan meatball IKEA ni... pernah dah makan before ni tapi rasa tak puas pulak.. nak try buat sendiri bole makan banyak2 ye tak??
hihi
Walaupown orang lain dah berzaman makan n buat sendiri meatball ni, but I still want to have too...
'TAK KIRA..TAK KIRA...'
So berkat I jalan2 ni terjumpa la satu blog yang WOW...ada resepi kat situ... resepi yang dah lama I cari... eleh gaya macam takde kat tempat laen kan??
hehe saja nak wat terok... before ni pernah da jumpa tapi mana ntah menghilang resepi tu.. tak ingat letak kat mana...
Ok dah la membebel tu, jom kita tengok resepinya.. bole try ye lepas ni :)
Bahan-bahan
- 1 ulas bawang besar kuning (diced)
- 1 biji tomato (diced)
- 1/2 cawan susu segar
- 3 sudu mentega (ganti dengan minyak jagung, lebih sihat)
- 2 sudu tepung gandum
- 1 cawan air
- 2 sudu sos tiram
- 3 sudu kicap manis
- 1/2 sudu serbuk lada hitam
- gula dan garam secukup rasa
nota 2: kacau sekerap mungkin, mengelakkan sos dari berketul-ketul
Cara-caranya
- Tumiskan sebentar bawang besar kuning dengan sedikit minyak jagung. Tumiskan sekali tomato bersama-sama bawang besar tadi.
- Dan layu, angkat dan letak dalam pinggan.
- Dalam kuali yang sama, tuangkan sedikit minyak jangung, masukkan tepung gandum dan goreng hingga warna bertukar coklat (api sederhana).
- Masukkan air dan susu segar, biar mendidih sebentar.
- Masukkan pula sos tiram, kicap, gula, garam dan lada hitam. Biar mendidih lagi.
- Akhir sekali, masukkan bawang dan tomato yang telah ditumis tadi.
Mudahkan, bahan pun tak mahal.
Cuma meatball saya tak buat sendiri, beli yang ready made, brand Azmy. memang sedap sangat. lepas nie saya akan cuba buat meatball sendiri. Untuk lengkapkan resepi meatball ikea nie, saya buatkan potato wedges. Cara nak buat pun sangat senang, hasilnya rangup di luar, lembut di dalam.
Bahan-bahan
- 4 biji kentang (potong bentuk wedges)
- garam
- serbuk lada hitam
- Didihkan air, rebuskan kentang hingga empuk, masukkan sedikit garam.
- Angkat dan toskan.
- Letakkan sedikit garam dan serbuk lada hitam.
- Akhir sekali, gorengkan di dalam kuali hingga kekuningan.
Owh ye, meatball tu gorengkan hingga warna sedikit coklat. Sekarang waktu yang paling seronok, hidangkan dalam pinggan. Letakkan meatball dan potato wedges tadi, siramkan kuah di atas meatball dan letakkan sedikit jem strawberry atau blueberry. Lepas tu silalah jemput makan. Tak rugi nak cuba Resepi Sos Meatball Ikea yang Super Sedap, rasa sekali pasti nak lagi.
TERIMA KASIH DAUN KELADI :)