KECIL TAPAK TANGAN, NYIRU KU TADAHKAN KAWAN-KAWAN... JADILAH SEPERTI RESMI PADI, SEMAKIN BERISI SEMAKIN MENUNDUK :)
RSS
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Welcome and thank you for visiting norsyafiqqah.blogspot.com..here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation, natural suplement.

I am Syafiqqah, your Shaklee Independent Distributor at Jitra,Kedah. Delivery throughout Malaysia
Shaklee ID: 893986| nnorsyafiqqah@gmail.com| 013-4697950|FB: Syafiqqah

Kota Putra, Durian Burung, Kedah Darul Aman

Kelmarin lepas hantar Izzat balik Maktab MAhmud Kuala Nerang, mak ajak pegi tinjau2 kawasan Padang Sanai... ehh macam nazir pulok..hihi... And sebetulnya Ika sendiri tak pernah sampai lagi walaupown selalu je datang ntar pak cik tu...Then abah ajak g tengok kawasan Kota Putra, Durian Burung... Pernah dengar nama tempat ni??? Ika pown baru tawu ada tempat nama 'Durian Burung'... Ingatkan bas persiaran je yang ada nama tu..hihi nampak sangat tak berdunia...


Durian Burung adalah salah satu tempat yang terletak berhampiran dengan sempadan Kedah-Thailand...
pintu masuk yang kedua la kiranya ni...selain daripada Bukit Kayu Hitam

Sepanjang perjalanan ke Durian Burung itu, kita dapat la lihat pemandangan bekas ladang tebu ini.
(tempat ni dekat la dengan Padang Sanai, Padang Terap-terkenal la juga sebgai pengeluar gula)

matahari terbenam

Image from Encik Google... kawasan bekas tapak tebu


dah magrib ni tu yang teduh je

Image from google

Lebuhraya yang menghubungkan antara Durian Burung dengan Baling ini agak selesa la...
jalan baru la katakan....tapi kemudahan-kemudahan asas belum lagi disediakan... Ingatkan xda sapa2 yang tinggal kat sini sebabnya jauh perjalanan langsong tak jumpa perkampungan... Lastnya bila dah hampir dengan border baru ada tu pown sikit2 je...

kalau tiba-tiba nak 'terkucil' tu susahla sikit... sebabnya memang takda kemudahan apa2...


Image from google
masuk kiri untuk ke Thailand

Image from google

Imigresen Kota Putra ini masih belum ada petugas-petugas yang bertugas....tak tahu la bilanya nak siap...huhu...lama ke bonar


Image from google
baca-baca dulu notis ni.

gate untuk masuk Malaysia masih dibuka
Gate masuk Thailand dah tutup

Image from google

Kemudian baru buat keputusan sama ada nak cross pintu pagar ini untuk ke Thailand atau tak...
Tapi time ni dah tutup pagar dah untuk ke Thailand... pagar untuk masuk Malaysia je yang buka...

ni pulak dah patah balik...dah magrib pown tapi terang benderang lagi kat sini

dari kaca mata kereta ku

sampai satu simpang, abah tanya nak balik ikot UUM ke nak ikot jalan biasa?? Kami adk beradik UUM!!! huh dengan penuh semangatnya jiwa dan raga..haha melampau tak???!

abah kata ni la jalan utama nak ke UUM tapi masyaAllah jalannya memang gerun...seram lagi... langsung takda lampu jalan... hutan banat kiri kanan...or mungkin kebun geta orang2 kampung kat area situ... nasib baik la ramai dalam keta time ni..kalau aku sorang2 maw patah balik ikot jalan biasa ja... dengan berlopak berlubang sana sini... tak tawu la pulak jalan utama macam ni keadaan dia... abah kata kalau bawak keta lama kami maaunya tinggal badan keta je... pintu2 sume dah tercabut agaknya kalau bawak lalu kat sini..hihi

bla dah pertengahan jalan ada pulak kuari batu... lagi jahanam la jalan kat kawasan ni... lagi satu Ika inagtkan jalan ni dekat je la nak sampai UUM TAPI sejam lebih baru nampak area UUM tu... mak datuk jauh giler la... TAUBAT tak lalu dah jalan ni lepas ni... haha

gelap kan??? lagsung takda lampu... takda kawasan perkampungan... agak2 keta rosak kat sini macam mana la kan???
serammmm

OK la... awak2 sume kalau ada lalu kat area sini fikir la byk2 kali sikit kalau nak guma laluan short cut g UUM ni... kalau keta tu tak bape nak stable jgn amik risiko ye :)

tu je nk citer malam ni... Ehh da pagi la... Selamat Pagi...ujan pulak ni sedapnya nak tido hihi

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ciri2 suami Awesome:

1. Solat fardhu cukup 5 waktu. 2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh hantar ke tempat kerja. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau. 3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantik. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh,tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan. 4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain. 5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.” 6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah. 7. Dia faham kamu, kamu faham dia. faham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk. 8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu. 9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..” 10. Belajar setakat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD. 11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun takdelah sampai dia mengata-ngata orang lain. 12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak. 13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama,tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung. 14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi. 15. Jenis senyum sokmo. 16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu) 


ada tak? hehe~ (n_n)v

Read Comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright© All Rights Reserved By http://norsyafiqqah.blogspot.com