angin _ jika engkau berhembus lembut melaluinya...katakan padanya saya teman dia selamanya...
air _ jika engkau mengalir di sisinya...beritahulah padanya saya mohon maaf atas segalanya...
burung _ jika engkau terbang melintasinya...sampaikan kataku ini kepadanya...
'kita di pertemukan lewat takdir tuhan, kita bersama atas kasih persaudaraan.. kita dipisahkan kerana batas waktu seharian..' namun kasih kita subur berpanjangan...
malah dirimu tidak pernah aku tinggalkan...
meski kita jarang bersama tetapi doa yang ku panjatkan untukmu sentiasa terungkai dalam satu jambangan...
malah harumnya tersebar istimewa buat seorang insan...
semoga dirimu mekar dalam bimbingan CINTA ALLAH SWT...
>>@mIRuL @SyR@F<<
"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."
Welcome and thank you for visiting norsyafiqqah.blogspot.com..here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation, natural suplement.
I am Syafiqqah, your Shaklee Independent Distributor at Jitra,Kedah. Delivery throughout Malaysia
dari hati saya untuk awak
::berani bercinta...berani menikah::
“Jika Anda Berani Mencintai, Anda Juga Harus Berani Menikahi..”
♥ Sedar atau tidak, selama ini kita mudah untuk saling mencintai.. Namun kita sendiri tak berani untuk mengambil langkah yang pasti kan?
♥ Berbeza dengan sepasang kasut yang hanya mempunyai aspek dari segi kiri dan kanan, berkahwin merupakan penyatuan dua manusia, lelaki dan wanita. Dari segi anatomi sahaja sudah tidak sebangun, apatah lagi urusan jiwa dan hatinya. Keserasian, minat dan latar belakang keluarga bukanlah jaminan segalanya akan lancar..
♥ Kalau kita berani mencintai, sesungguhnya kita sedang belajar untuk bertindak dewasa. Mengapa? Kerana berkahwin adalah proses pendewasaan. Dan untuk memasukinya, diperlukan calon yang kuat dan berani. Berani menghadapi masalah yang akan terjadi dan mempunyai kekuatan untuk mencari jalan keluarnya.
♥ Kedengaran indah, tetapi kenyataannya? Haruslah ada ‘komunikasi dua arah’, ‘ada kerelaan mendengar kritikan’, ‘ada keikhlasan meminta maaf’, ‘ada ketulusan melupakan kesalahan‘ dan ‘keberanian untuk mengemukakan pendapat’.
♥ Sekali lagi, apakah sudah selesai sampai disini sahaja dalam hal cinta-mencintai kemudian putus di tengah jalan begitu sahaja? Tidak, jangan buat begitu..
♥ Ketika kita memutuskan untuk mencintai, kita harus bersiap-sedia memasuki pintu gerbang cinta yang sebenarnya. Ya, gerbang itu bernama PERNIKAHAN. Pernikahan bukanlah upacara memakai gaun pengantin ala ‘cinderella’, apatah lagi rangkaian kenderaan tetamu jemputan yang mensesakkan jalan.
♥ BERKAHWIN adalah satu sikap dan tindakan yang berani untuk memutuskan berlabuhnya cinta, ketika ribuan kapal pesiaran yang gemerlap memanggil-manggil..
♥ BERKAHWIN adalah proses penggabungan dua orang berkepala batu dalam satu ruangan, dimana mereka akan diuji sejauh mana pembuktian cinta mereka yang sebenarnya.
♥ Kerana MENIKAH adalah proses pengenalan diri sendiri mahupun pasangan kita. Tanpa mengenali diri sendiri, bagaimana kita boleh memahami orang lain? Tanpa boleh memerhatikan diri sendiri, bagaimana kita boleh memerhatikan pasangan hidup?
♥ Kerana PERKAHWINAN sangat memerlukan keberanian tinggi, toleransi sedalam samudera, serta jiwa besar untuk ‘menerima’ apa yang ada dan apa adanya.
♥•♥ Jika Anda Berani Mencintai ♥•♥
♥•♥ Anda Harus Berani Menikahi ♥•♥
♥•♥ Khususnya Kepada Kaum Lelaki ♥•♥
♥•♥ Jangan Hanya Pandai Menabur Janji ♥•♥
♥•♥ Di Sana dan Sini Banyak Terluka ♥•♥
♥•♥ Akhirnya Memupuk Rasa Sakit Hati ♥•♥
♥•♥ Anda Harus Berani Menikahi ♥•♥
♥•♥ Khususnya Kepada Kaum Lelaki ♥•♥
♥•♥ Jangan Hanya Pandai Menabur Janji ♥•♥
♥•♥ Di Sana dan Sini Banyak Terluka ♥•♥
♥•♥ Akhirnya Memupuk Rasa Sakit Hati ♥•♥
Siapa yang berani mencintai, maka dia harus bersedia untuk menikahi..
Bukankah dengan menikah, mereka akan disejajarkan Rasulullah SAW dengan mujahid fii sabilillah yang dijanjikan akan mendapat pertolongannya!Kerana kata Baginda, tiga golongan yang mendapat bantuan Allah adalah mereka yang menikah untuk memelihara kesucian diri, hamba yang hendak membayar kemerdekaan dirinya, dan orang-orang yang berperang di jalan Allah.~ (HR Ahmad, Turmudzi, an-Nasa’i dan Ibnu Majah)
aku cintai dia kerana-Mu
Ya RABBI, jika cintaku kau ciptakan untuk dia..
Tabahkan hatinya,
Teguhkan imannya,
Sucikan cintanya,
Lembutkan rindunya.
Ya RABBI, jika hatiku kau ciptakan untuk dia..
Penuhi hatinya dengan kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan nur-Mu,
Bisikan kedamaian dalam kegelapan,
Temani dia dalam sunyi sebuah penantian.
Ya RABBI, ku titipkan cintaku pada Mu untuknya..
Sampaikan rinduku pada rindunya,
Bimbinglah cintaku dan cintanya,
Satukan hidupku dan hidupnya dalam cinta Mu,
Kami ingin syurga Mu dengan kasih sayang.
Sungguh pun aku mencintai dirinya kerana-Mu, Ya Allah.. :)
Subscribe to:
Posts (Atom)